Wednesday, May 2, 2007

tahniah pada fatin




HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK KKB 2007


Pada 28 April 2007 SMK KKB telah mengadakan majlis ini di Akedemi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Kuala Kubu Bharu. Ahli keluarga ini berasa gembira kerana Fatin, anak ketiga keluarga ini telah mendapat penghargaan sebagai salah seorang pelajar cemerlang PMR SMKKKB tahun 2006, dengan mendapat 8A.

Semoga kecemerlangan ini tidaklah setakat di sini sahaja. Kami sekeluarga berharap dia akan terus berusaha pada masa yang mendatang untuk memastikan kecemerlangan akan terus dicapai pada SPM 2008.

Adik-adik yang lain diharap dapat menjadikan kejayaan kakak ini sebagai perangsang.

Sekian, terima kasih.

No comments: