Saturday, September 22, 2007

TAMAN PESARA


Inilah gambar kolam ikan air tawar yang terdapat di Taman Pesara Kuala nKubu Bharu. Kolam ini terletak di kawasan rumah Jabatan Perikanan di Taman Pesara. Gambar ini diambil oleh Amira yang sedang siapkan kerja kursus Geografi tingkatan 1 . Tugasan yang diberikan oleh guru Geografinya, Pn Zalita.
Amira/ Norasyikin memberikan komennya, " tak sangka kat Taman Pesara ini ada kolam ikan juga ya".
Sebenarnya memang sukar melihat kolam ikan ini jika sekali pandang sahaja, kerana kawasan keliling di tepi jalan dipenuhi oleh semak samun.

Monday, June 11, 2007

AKUARIA KLCC


KAMI SEKELUARGA BERKUNJUNG KE AKUARIA KLCC PADA 02 JUN 2007. OLEH KERANA MASA TERHAD UNTUK PERGI BERCUTI DI TEMPAT LAIN. KAMI MEMUTUSKAN UNTUK BERKUNJUNG KE KE AKUARIA.
SEMOGA SEMUANYA PUAS HATI. GAMBAR-GAMBAR DI AKUARIA BOLEH DILIHAT DALAM SIMPANAN DI BLOG INI.
ROKIZA.
11.06.2007.

Sunday, May 27, 2007

tahniah farah




Pada 12.05.2007, majlis anugerah kecemerlangan SM Sains Kuala Selangor telah diadakan di dewan Prima sekolah berkaitan.

Farah, anak kedua keluarga ini telah terlibat sama dalam majlis ini kerana kejayaan dalam SPM 2006 yang lalu.


Semoga kejayaan ini akan membakar semangat adik-adik yang lain untuk belajar dengan lebih cemerlang lagi.


Untuk Farah sendiri, semoga akan terus berusaha dengan gigih, semoga sentiasa cemerlang pada masa akan datang. Kami sentiasa mendoakan kejayaan Farah.


Selamat belajar di suasana yang baru.

Saturday, May 5, 2007

dataran kuala kubu bharu




UNTUK MAKLUMAT SAUDARA MARA DAN RAKAN-RAKAN YANG DATANG BERKUNJUNG KE KKB.




Jika tuan-tuan hadir ke tempat saya, simpang ke Pekan Kuala Kubu Bharu telah ada simpang empat yang mempunyai lampu isyarat. Di simpang ini terdapat kawasan R&R, tetapi tak samalah macam lebuh raya. Tempat ini ada kawasan kedai makan yang di panggil Dataran KKB, bolehlah cuba. Kawasan ini hanya legih kurang 2.5km dari rumah kami di Taman Pesara.

Satu lagi simpang ialah ke stesen KTMB yang baru. Komuter mungkin akan beroperasi tidak lama lagi. Tidak sampai 300 meter dari dataran ini.

Jika komuter telah beroperasi nanti, warga KKB akan mudah bergerak ke Kuala Lumpur. kita akan menanti projek ini siap sepenuhnya.


Jumpa lagi.

Wednesday, May 2, 2007

tahniah pada fatin




HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK KKB 2007


Pada 28 April 2007 SMK KKB telah mengadakan majlis ini di Akedemi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Kuala Kubu Bharu. Ahli keluarga ini berasa gembira kerana Fatin, anak ketiga keluarga ini telah mendapat penghargaan sebagai salah seorang pelajar cemerlang PMR SMKKKB tahun 2006, dengan mendapat 8A.

Semoga kecemerlangan ini tidaklah setakat di sini sahaja. Kami sekeluarga berharap dia akan terus berusaha pada masa yang mendatang untuk memastikan kecemerlangan akan terus dicapai pada SPM 2008.

Adik-adik yang lain diharap dapat menjadikan kejayaan kakak ini sebagai perangsang.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 1, 2007

komuter dari rasa ke rawang telah beroperasi

STESEN KOMUTER RASA

Salam sejahtera,

Hulu Selangor makin berkembang dari segi perhubungan daratnya. Landasan keretapi berkembar yang menggunakan
keretapi elektrik ( Komuter) yang selama hari ni hanya sehinga
ke Rawang telah dihubungkan hingga ke Rasa. Tidak lama lagi mungkin akan sampai ke Kuala Kubu Bharu, Tanjung Malim dan seterusnya hingga ke Ipoh.

Pada 26 April 2007, Ahmad Norfirdaus, Ahmad Norkamil,
kedua-dua anak saya telah saya bawa menaki komuter percuma.
Operasi percuma ini hanya dilaksanakan hingga 01 Mei 2007. Permandangan utama sepanjang jalan landasan yang baru ini ialah kawasan pertanian. Tidak disangka begitu banyak kawasan tanaman sayur di kawasan ini.

Stesen komuter ni dari rumah kami, tertak 64 Taman Pesara, Kuala Kubu Bharu, hanya lebih kurang 09 km sahaja. Tambang jangkaan dari KL Central hanya RM5.70. Masa yang diambil dari Rawang ke Rasa hanya kira-ra 20 minit sahaja. Jika menggunakan jalan raya belum pasti boleh sampai dalam jangka masa tersebut, kerana halangan lampu isyarat dan kenderaan yang banyak.

Semoga perjalanan percubaan secara rngkas ini akan menambahkan kolam sumber minda anak-anak, semoga lebih kreatif dalam pemikiran pada hari-hari mendatang.
Jika ingin melihat gambar-gambar lain boleh lihat pada ruangan album keluarga.

Terima kasih.

Monday, April 2, 2007

album keluarga

SALAM SEJAHTERA,
KAMI BARU MENYEDIAKAN RUANG ALBUM UNTUK AHLI KELUARGA YANG BOLEH DILIHAT BERSAMA

Boleh klik pada album keluarga pada sidebar sebelah kanan blog ini atau terus sahaja ke alamat berikut:
http://esnips.com/web/rozaliro

Terima kasih.

Tuesday, February 20, 2007

tahun baru cina 2007 di rantau panjang

Pada hari Ahad, `18 Februari 2007, seisi keluarga balik ke Rantau Panjang. Saudara mara yang lain juga balik bersama. Seronok berjumpa saudara mara yang lain.

Budak-budak kecilnya seronok mandi dan naik sampan di kawasan bekas paya bakau dan jeti tempat sampan nelayan pergi ke sungai atau ke laut.

Saturday, January 20, 2007

NO 4

BERKENALAN DENGAN ORANG KETIGA

Namanya, Amira Norasyikin bt Rozali

Mendapat pendidikan sekolah rendah di SK KKB Satu (2001 - 2006)

UPSR tahun 2006 mendapat 5A.

Pada masa sekarang bersekolah dalam Tingkatan Satu iaitu kelas 1 Bios di SMK Kuala Kubu Bharu.

SMK KKB hanya 500 meter dari rumah

Selamat belajar di sekolah menegah.

Sunday, January 14, 2007

NO 5

SELAMAT BERKENALAN DENGAN ORANG KEDUA

Namanya Ahmad Norfirdaus bin Rozali
Berumur 12 tahun. Tarikh lahirnya pada 26 September 1995.
Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur
Bersekolah di SK Kuala Kubu Bharu Satu dalam tahun 6 Pintar
Tahun ini akan menduduki peperiksaan UPSR
Ssi petang dia bersekolah agama di SRA uala Kubu Bharu, dalam kelas 6 Darul Ehsan.
Panggilan biasa ahli keluarga ialah Mamat.
Meminati pelajaran Matematik melebihi mata pelajaran yang lain.
Merupakan anak ke-5 daripada 6 orang adik beradik.

Sekian, terima kasih.

KE-6 ( sibongsu)

Selamat berkenalan.

Sibongsu kami bernama Ahmad Norkamil bin Rozali.
Sibongsu berumur 10 tahun.
Lahir di Speacialist Medical Centre Klang.
Dia akan menyambut tarikh kelahiran pada 01 April, sambutan ke 10nya.
Sibongsu bersekolah di SK KKB Satu, dalam tahun 4 Pintar.
Beratnya telah meningkat 60kg.
Bersekolah agama pada sesi petang di SRA Kuala Kubu Bharu, berada dalam kelas 4 Darul Ehsan.
Sibongsu ini adalah anak yang ke-6 dalam keluarga ini.

Sekian, terima asih.

WELCOME TO OUR HOME

Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat datang ke blog kami. Selamat berkenalan dengan kami semua.

Daripada penyelaras blog
14 Jan. 2007
24 Zulhijjah 1427.