Monday, June 11, 2007

AKUARIA KLCC


KAMI SEKELUARGA BERKUNJUNG KE AKUARIA KLCC PADA 02 JUN 2007. OLEH KERANA MASA TERHAD UNTUK PERGI BERCUTI DI TEMPAT LAIN. KAMI MEMUTUSKAN UNTUK BERKUNJUNG KE KE AKUARIA.
SEMOGA SEMUANYA PUAS HATI. GAMBAR-GAMBAR DI AKUARIA BOLEH DILIHAT DALAM SIMPANAN DI BLOG INI.
ROKIZA.
11.06.2007.

Sunday, May 27, 2007

tahniah farah




Pada 12.05.2007, majlis anugerah kecemerlangan SM Sains Kuala Selangor telah diadakan di dewan Prima sekolah berkaitan.

Farah, anak kedua keluarga ini telah terlibat sama dalam majlis ini kerana kejayaan dalam SPM 2006 yang lalu.


Semoga kejayaan ini akan membakar semangat adik-adik yang lain untuk belajar dengan lebih cemerlang lagi.


Untuk Farah sendiri, semoga akan terus berusaha dengan gigih, semoga sentiasa cemerlang pada masa akan datang. Kami sentiasa mendoakan kejayaan Farah.


Selamat belajar di suasana yang baru.

Saturday, May 5, 2007

dataran kuala kubu bharu




UNTUK MAKLUMAT SAUDARA MARA DAN RAKAN-RAKAN YANG DATANG BERKUNJUNG KE KKB.




Jika tuan-tuan hadir ke tempat saya, simpang ke Pekan Kuala Kubu Bharu telah ada simpang empat yang mempunyai lampu isyarat. Di simpang ini terdapat kawasan R&R, tetapi tak samalah macam lebuh raya. Tempat ini ada kawasan kedai makan yang di panggil Dataran KKB, bolehlah cuba. Kawasan ini hanya legih kurang 2.5km dari rumah kami di Taman Pesara.

Satu lagi simpang ialah ke stesen KTMB yang baru. Komuter mungkin akan beroperasi tidak lama lagi. Tidak sampai 300 meter dari dataran ini.

Jika komuter telah beroperasi nanti, warga KKB akan mudah bergerak ke Kuala Lumpur. kita akan menanti projek ini siap sepenuhnya.


Jumpa lagi.