Tuesday, May 1, 2007

komuter dari rasa ke rawang telah beroperasi

STESEN KOMUTER RASA

Salam sejahtera,

Hulu Selangor makin berkembang dari segi perhubungan daratnya. Landasan keretapi berkembar yang menggunakan
keretapi elektrik ( Komuter) yang selama hari ni hanya sehinga
ke Rawang telah dihubungkan hingga ke Rasa. Tidak lama lagi mungkin akan sampai ke Kuala Kubu Bharu, Tanjung Malim dan seterusnya hingga ke Ipoh.

Pada 26 April 2007, Ahmad Norfirdaus, Ahmad Norkamil,
kedua-dua anak saya telah saya bawa menaki komuter percuma.
Operasi percuma ini hanya dilaksanakan hingga 01 Mei 2007. Permandangan utama sepanjang jalan landasan yang baru ini ialah kawasan pertanian. Tidak disangka begitu banyak kawasan tanaman sayur di kawasan ini.

Stesen komuter ni dari rumah kami, tertak 64 Taman Pesara, Kuala Kubu Bharu, hanya lebih kurang 09 km sahaja. Tambang jangkaan dari KL Central hanya RM5.70. Masa yang diambil dari Rawang ke Rasa hanya kira-ra 20 minit sahaja. Jika menggunakan jalan raya belum pasti boleh sampai dalam jangka masa tersebut, kerana halangan lampu isyarat dan kenderaan yang banyak.

Semoga perjalanan percubaan secara rngkas ini akan menambahkan kolam sumber minda anak-anak, semoga lebih kreatif dalam pemikiran pada hari-hari mendatang.
Jika ingin melihat gambar-gambar lain boleh lihat pada ruangan album keluarga.

Terima kasih.

Monday, April 2, 2007

album keluarga

SALAM SEJAHTERA,
KAMI BARU MENYEDIAKAN RUANG ALBUM UNTUK AHLI KELUARGA YANG BOLEH DILIHAT BERSAMA

Boleh klik pada album keluarga pada sidebar sebelah kanan blog ini atau terus sahaja ke alamat berikut:
http://esnips.com/web/rozaliro

Terima kasih.

Tuesday, February 20, 2007

tahun baru cina 2007 di rantau panjang

Pada hari Ahad, `18 Februari 2007, seisi keluarga balik ke Rantau Panjang. Saudara mara yang lain juga balik bersama. Seronok berjumpa saudara mara yang lain.

Budak-budak kecilnya seronok mandi dan naik sampan di kawasan bekas paya bakau dan jeti tempat sampan nelayan pergi ke sungai atau ke laut.